Pelakon popular, Dato Aaron Aziz berkongsi keadaan kesihatan terkini yang memerlukannya menjalani pembedahan berikutan menghidap penyakit radang tulang leher atau juga dikenali sebagai cervical spondylosis.
Perlu Jalani Pembedahan
Berita itu dikongsi sendiri oleh Aaron di Instagram yang memberitahu perlu menjalani pembedahan dan harus mengambil cuti sakit selama 2 bulan. Namun, dia terpaksa menolak untuk berbuat demikian disebabkan kesibukan kerja.
“90 minit dalam benda ni. Doktor kata saya perlu pembedahan dan perlu mengambil cuti sakit selama 2 bulan. Tapi tak boleh sebab banyak ongoing projects sekarang ni.”-dedah Aaron
“Bekerja Dalam Kesakitan”
Tambahnya lagi, buat ketika ini dia hanya menggunakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan akui bekerja dalam keadaan tersebut.
“Jadi buat masa sekarang saya hanya menggunakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit. Bekerja dalam kesakitan. Hanya Allah tahu apa saya rasa.
Korang tengok abang senyum sana ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doktor kata tumor semakin besar”- katanya lagi
Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Kesembuhan
Ruangan komen di posting yang dimuatnaik oleh Aaron itu turut disusuli dengan komen rakan selebriti dan peminat yang mendoakan agar aktor ini diberikan kesembuhan dengan segera.
Sekadar info, radang tulang leher atau nama saintifiknya cervival sponcylosis adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuaan tulang) yang menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk).
Dalam kebanyakan kes, cervical spondylosis berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan kecederaan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya.