Peminat tegar Disney di Malaysia akhirnya dapat menonton filem Aladdin yang baru saja ditayangkan pada Khamis yang lalu (23/5). Filem live action garapan pengarah Guy Ritchie itu merupakan remake dari filem Aladdin versi animasi yang telah dikeluarkan pada tahun 1992.
Filem Aladdin berkisarkan tentang seorang anak jalanan yang berusaha menemukan jati dirinya. Dia jatuh cinta pada seorang puteri bernama Jasmine. Lalu dia berusaha mencari jalan supaya menjadi seorang putera dengan dibantu jin yang keluar dari lampu ajaib yang dia temukan.
Penglibatan Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah berkongsi aterlibat secara langsung dalam filem, Aladdin. Beliau ‘meminjam’ kan suaranya kepada watak Jasmine untuk filem Aladdin versi bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, beliau akan turut menyanyikan lagu tema filem ini yang berjudul A Whole New World (Dunia Baru). Lagu yang akan turut digubah ke bahasa Melayu ini akan turut menampilkan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini sebagai rakan duetnya.
Jalani Penggambaran Di Jordan
Kepada yang sudah menonton, pasti anda dapat lihat bagaimana indahnya permandangan dalam filem ini. Produksi filem Aladdin ternyata sengaja dibuat sedemikian rupa agar mendapat suasana Timur Tengah. Salah satunya dengan cara memilih lokasi penggambaran di Jordan. Dipetik dari Mirror.uk, Wadi Rum, sebuah lokasi padang pasir luas di Jordan dipilih menjadi lokasi penggambaran Aladdin.
Menggunakan perhiasan asli sebagai props
Jangan terkejut, dalam salah satu adegan Aladdin yang sedang berada dalam sebuah gua di mana dia menemukan lampu ajaib, props yang digunakan pada dinding gua ialah perhiasan asli, ya bukan tipu-tipu!
Latar Kota Agrabah disiapkan selama 4 bulan
Kota Agrabah, kota imaginasi yang diceritakan dalam filem Aladdin disiapkan dalam masa empat bulan oleh para kru. Kota Agrabah dibuat seluas dua kali padang bola sepak.
Ramai orang Timur Tengah yang terlibat sebagai pelakon tambahan
Sebagai filem yang mengambil latar kehidupan di Timur Tengah, Aladdin dfahamkan banyak menggunakan pelakon berwajah warga Timur Tengah dalam filem. Hal itu sekaligus membantah kenyataan bahawa Disney mendandani orang kulit putih sebagai orang Timur Tengah dalam filem.
Disney Alami Malasah Untuk Mencari Pelakon Watak Aladdin
Pengarah filem Aladdin, Guy Ritchie dikatakan mengalami kesulitan mencari pelakon Aladdin. Dia sampai mengadakan sebuah ujibakat di London, Abu Dhabi, hingga India yang melibatkan dua ribu orang. Sulitnya mencari pelakon Aladdin kerana pihak Disney mahukan pelakon tersebut harus dimainkan oleh aktor berumur 20-an tahun yang berasal dari Timur Tengah. Selain itu, dia harus boleh menyanyi dan menari.
Pemilihan Watak Aladdin dan Jasmine
Disney sempat melamar aktor Inggeris keturunan Gujarat, Dev Patel dan aktor keturunan Pakistan, Riz Ahmed untuk memegang watak Aladdin. Pada akhirnya pilihan jatuh pada Meena Massoud, aktor Inggeris yang berasal dari Mesir.
Sementara itu, watak Jasmine sempat dipertimbangkan untuk diperanankan oleh Tara Sutaria, aktres berasal dari India. Namun, peranan Jasmine akhirnya dimainkan oleh Naomi Scott.
Penampilan Naomi Scott Sebenar Adalah Seperti Tomboy
Naomi Scott, watak karakter Jasmine pada filem Aladdin sebenarnya dikenali sebagai perempuan yang memiliki karakter tomboy. Ketika audisi, dia mengubah penampilannya menjadi lebih feminin dengan memakai gaun berwarna biru bercorak bunga. Dia pun berjaya menunjukkan bakat untuk memegang watak Jasmine.
Zayn Malik Bebas untuk memilih rakan duet dalam soundtrack
Penyanyi yang dipilih untuk menyanyikan lagu A Whole New World, soundtrack filem Aladdin dibebaskan untuk memilih rakan duet. Dia akhirnya memilih penyanyi muda, Zhavia Ward yang dikenali memiliki karakter suara yang kuat.