Reaksi biasa kebanyakan ibu bapa yang mengetahui anak mereka ingin menjadi transgender, pasti akan cuba pulaukan anak tersebut atau di buang terus dari keluarga.
Tetapi tidak bagi selebriti ini yang memilih untuk setia bersama anak mereka dan bersama-sama mengharungi perubahan identiti yang dilalui oleh anak masing-masing.
Dipetik dari IDN Times, para selebriti ini tetap bangga dengan anak mereka dan menganggap identiti transgender bukanlah penghalang hubungan kekeluargaan.
#1 Charlize Theron
Dalam satu temubual pada tahun 2019, Theron berkongsi bahawa salah seorang anaknya adalah trangender. Bukan itu saja, Theron juga tidak pernah menghalang keinginan anak-anaknya dan mereka bebas menjadi apa saja yang mereka mahu dalam hidup
#2 Cindy Barshop
Wanita ini juga berkongsi bahawa salah seorang anaknya menjadi transgender, Cindy menganggap perubahan anaknya itu bukan hal yang besar asalkan mereka tahu siapa diri mereka sendiri.
#3 Sade
Pada tahun 2016 anaknya Izaak memberitahu Sade bahawa dirinya ingin menjadi transgender, perubahan itu mendapat sokongan Sade dan sentiasa berada di sisi anak sehingga sekarang ini.
#4 Annette Bening Dan Warren Beatty
Anak kepada kedua-dua pelakon veteran ini iaitu Stephen Ira, mengaku di hadapan ibu bapanya bahawa dirinya adalah seorang transgender.
Annette dan Warren menerima dengan hati terbuka dan apabila melihat pencapaian anaknya sekarang, kedua-dua pelakon ini menyatakan rasa bangga terhadap anaknya itu.
#5 Dwyane Wade Dan Gabrielle Union
Pasangan selebriti ini juga menyatakan bahawa anak mereka Zaya merupakan transgender, bagi Dwyane dan Gabrielle mereka berasa bangga Zaya menjadi sebahagian dalam golongan LGBTQ dan mahu anaknya meliha dunia dengan lebih terbuka.
#6 Cynthia Nixon
Pelakon filem Sex and City ini juga mempunyai anak transgender yang bernama Samuel Joseph Mozes, Cynthia menyatakan bahawa dirinya bangga dengan anak dan merasakan perubahan anaknya itu bukan satu masalah.
Para selebriti ini tidak pinggirkan atau buang anak transgender mereka, sebaliknya menyokong perubahan anak mereka secara terbuka dan terus kekal berada di sisi anak mereka.