Barangkali tahun 2019 menjadi tahun yang cukup menggemparkan industri. Selain pelbagai kontroversi hubungan artis, tahun ini juga menyaksikan pelbagai kisah ‘panas’ yang menimpa selebriti lelaki popular tanah air.
Deep Fake Punca Ramai Selebriti Jadi Mangsa
Antaranya adalah mengenai gambar dan video lucah mereka yang tular di media sosial. Disebalik dakwaan kononnya perkongsian yang tular itu adalah asli, selebriti-selebriti ini menafikannya. Malah penularan tersebut turut di kaitkan dengan sebuah aplikasi atas talian, Deep Fake yang mampu menyunting gambar seseorang dari yang palsu sehinggalah yang ke sebenar.
Memetik kata-kata salah seorang selebriti yang menjadi mangsa, biarlah isu ini menjadi pengajaran buat ramai dan lebih berhati-hati di media sosial. Berikut kami tampilkan antara selebriti lelaki yang menjadi mangsa Deep Fake pada tahun ini.
Zul Ariffin
Selepas tular di media sosial mengenai video bogel seorang lelaki mirip pelakon terkenal baru-baru ini, Zul Ariffin akhirnya tampil menjelaskan mengenai kontroversi berkenaan.Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli bin Ariffin, 33 dia akui bahawa kini menjadi mangsa kepada suntingan yng dikenali sebagai ‘deepfake’. Jelas pelakon J-Revolusi ini dia sedih kerana terpalit dengan isu berkenaan apatah lagi menganggap hanya terjadi pada ahli politik sahaja sebelum ini.
“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.
“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.”
”Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja,”
Faizal Tahir
Sebelum ini menerusi laporan kami terdahulu, hangat memperkatakan mengenai sebuah foto bogel yang tular di media sosial yang dikatakan mirip seorang penyanyi lelaki terkenal, Faizal Tahir.
Menjelaskan dakwaan tersebut, Faizal ketika ditemui murai.my di majlis pelancaran album Rojak yang berlangsung di Warner Music, Damansara sebelum ini tidak mengesahkan atau menafikan gambar kontroversi terbabit itu dirinya atau tidak. Malah penyanyi ini lebih selesa untuk menyerahkan penilaian tersebut kepada netizen kerana baginya tiada penjelasan diperlukan bagi isu tersebut.
Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu. Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa sebab hanya isteri saya dan Allah yang tahu kebenarannya.
“Tiada siapa boleh menghukum saya. Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu. Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting isteri saya tahu mengenai foto itu,”
Iqram Dinzly
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang netizen di laman Twitter, beberapa foto Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin yang hanya memakai baju putih yang agak jarang dan turut memperlihatkan alat sulitnya mencetuskan pelbagai persepsi pengguna di laman sosial terbabit.
Melihatkan gambar yang tersebar itu, rata-rata pengguna berasa simpati dengan keaadaan Iqram selain mengharapkan agar pelakon itu mendapatkan khidmat kaunseling dengan kadar segera.
Biarpun begitu, ada yang mengkritik perbuatannya itu apatah lagi seperti sengaja menunjukkan alat sulit. Namun bagi kes Iqram, ianya bukanlah menggunakan aplikasi Deep Fake sebaliknya mungkin tidak sengaja
Ashraf Sinclair
Menerusi kirimin pembaca murai.my, terdapat dua foto bogel dikatakan mirip seorang pelakon popular Indonesia, Ashraf Sinclair. Berdasarkan salah satu gambar itu, terlihat pelakon itu yang juga berasal dari Malaysia sedang berdiri tanpa seurat benang dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit.
Tidak pasti, adakah gambar tersebut sebenarnya asli ataupun disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun isu seumpama ini ternyata membimbangkan apatah lagi ianya seperti satu ‘wabak’ di dalam industri hiburan.
PU Rizz
Sebelum ini hangat memperkatakan mengenai dua keping foto lelaki menunjukkan kemaluan yang tersebar luas di media sosial. Lebih mengejutkan, wajah lelaki itu mempunyai iras pendakwah muda terkenal, PU Rizz.
Menafikan dakwaan tersebut kononnya lelaki dalam gambar itu adalah dirinya, Pu Rizz akui terkejut selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut dan sudah membuat laporan polis pada pagi semalam di Balai Polis Sri Petaling, Selangor.
Terdahulu menurut pendakwah ini yang kini bergelar pelakon dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin dari seorang individu yang tidak dikenali, Malah dia turut tidak menolak ugutan tersebut berkait rapat dengan penyebaran gambar yang mengaibkan itu.