21.8 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

5 Pengakuan Berani Nabila Huda Tentang Sisi Gelap Ibu Tirinya

Sejak tahun lalu, pelakon Nabila Huda akui hubungannya bersama bapa tercinta, Amy Search renggang dipercayai akibat pihak ketiga yang merujuk kepada ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Norish.

Beberapa pendedahan telah dibuat Nabila mengenai ibu tirinya sejak tahun lalu yang mana akui Nabila sudah beberapa tahun tidak dapat berjumpa bapanya kerana sikap Norish. murai.my rangkumkan kembali 5 kontroversi tersebut!

Pernah Dihalau Dan Dipukul Ibu Tiri

Tahun lalu, Nabila mendedahkan bahawa suatu ketika dahulu dia pernah dipukul dan dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya itu. Menerusi pendedahan hampir 20 status di laman InstaStory nya, Nabila akui dia pernah dihalau pada jam 2 pagi yang mana kisah itu tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun. Nabila memberitahu pendedahan tersebut dibuat kerana menganggap sikap Norish terlalu melampau.

“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?”

Simpan Kisah ‘Hitam’ Demi Bapa

Menurut Nabila, selama ini dia berdiam diri kerana mengenangkan kasih sayangnya terhadap Amy. Selepas selama 18 tahun menyimpan rahsia tersebut, Nabila akhirnya mendedahkan segala apa yang dilakukan oleh Norish dan mengambil keputusan untuk mendedahkan segala tingkah laku dan perbuatan ibu tiri itu terhadapnya selama ini.

4 Tahun Tidak Berjumpa Amy Search

pendedahan Nabila pada tahun lula

Sebelum ini, Nabila akui sudah lama tidak bertemu dengan bapanya apatah lagi di Aidilfitri. Sebagai anak sulung, Nabila beranggap Amy tidak akan sesekali melupakannya biarpun tidak dapat beraya bersama selama hampir 4 tahun.

“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu”

Anggap Ibu Tiri Raih Simpati

Tidak berdiam diri, terdahulu Norish menerusi laman Instagram nya turut mendedakan sikap Nabila sebelum ini. Biarpun begitu, Nabila beranggapan ibu tirinya itu sengaja membuat kenyataan untuk meraih simpati.

Pelakon itu turut menafikan dakwaannya terhadap ibu tirinya adalah bagi menutup kesalahan diri. Nabila itu turut memberikan nasihat buat ibu tirinya itu agar menghormati orang lain dan perbetulkan diri sendiri sebelum menganggu kerjaya orang lain.

Perli Nabila Gara-Gara Ucapan Hari Bapa

Semalam, bersempena dengan hari bapa, Nabila telah mendedikasikan ucapanya buat Amy namun tidak lama kemudian isteri penyanyi rock lagenda itu dikatakan seperti menyindir ucapan Nabila.

Berang dengan sindiran tersebut, Nabila menempelak ibu tirinya itu dan mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini. Apa pun diharap hubungan anak-beranak ini akan kembali pulih seperti biasa kerana air yang dicincang tidak sama sekali akan putus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.