Pelakon dan pengacara jelita, Che’Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans tampil bersuara terhadap isu pelakon yang bekerja lebih masa di set penggambaran.
Menerusi laman Twitter, beliau memuatnaik screenshot Insta Stories beliau mengenai berita aktor Bollywood, Alec Baldwin yang tertembak mati kru penggambaran menggunakan pistol dan peluru replika ketika menjalani latihan bagi penggambaran filem Rust di Santa Fe, Nex Mexico pada Khamis lalu.
“Dah lama nak cakap pasal issue ni sebenarnya. But i’ve always been shut by people about it.”-Juliana Evans
“Ingatkan Kat Malaysia Je”-Juliana Evans
Beliau turut tidak menyangka bahawa masalah bekerja lebih masa di set penggambaran turut berlaku pada industri Hollywood.
“Ingatkan kat Malaysia je. Hollywood pun ada masalah dengan overworking hours on set. Itu baru 12-13 jam diorang dah bising. Malaysia??
16-20 jam tu normal. Tibai selagi boleh. Selagi langit tak cerah lagi”-Juliana Evans
Netizen Persoal Jika Terdapat Perbadanan Yang Lindungi Pelakon & Krew Yang Kerja Lebih Masa
Beliau turut menjawab persoalan netizen jika terdapat perbadanan yang lindungi pelakon yang bekerja lebih masa.
“Sebagai budak kilang, selalu jugak terfikir, Orang-orang yang kerja fast food bukan 24 jam, fashion boutiques, krew filem semua hak diorang sebagai pekerja nak refer dekat mana?-Soal Netizen
Tiada Perbadanan Lindungi Pelakon & Krew
Juliana Evans kemudian memberitahu bahawa tiada perbadanan yang melindungi pelakon dan krew yang bekerja lebih masa. Beliau turut mendedahkan bahawa para pelakon tidak boleh bersuara sepanjang masa terhadap isu tersebut.
“Kalau pekerjaan biasa ada KWSP yang protrect workers kerja OT ke apa. Tapi pelakon dan krew kerja overtime? Takde perbadanan yang protect. Actors can’t speak up most of the time.”-Jelas Juliana Evans
Sekadar info, Pelakon dan pengacara ini merupakan isteri kepada Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj atau lebih dikenali sebagai Tengku Adeq. Pasangan ini telah berkahwin pada 30 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.