21.5 C
Malaysia
Thursday, September 5, 2024

Latest Posts

10 Peguam Lawan 1 Kanak-Kanak OKU – Iesya Toh Persoalkan Di Mana Suara Menteri Menangani Kes Bella

Semua sedia maklum, kes adik penderaan adik Bella masih dalam perbicaraan di mahkamah. Ramai golongan selebriti turut terpanggil untuk mempertahankan adik Bella dalam kes ini.

Bainun Menggunakan 10 Peguam?

via Oh My media

Tidak terkecuali bagi salah seorang peguam mewakili Siti Bainun iaitu Hafidzah Hassan yang berkongsi ‘cross examination’ (transkrip soal balas) ke atas saksi pendakwaan kelima menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping foto dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.

Peguam Kelihatan Gembira

via Twitter Akhifairuz

Meninjau ke ruangan komen, ciapan itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut seperti ‘membela’ kes Siti Bainun.

Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan dialami Bella akibat didera.

Iesya Toh Persoalkan Suara Menteri

via Instagram Iesyatoh2

Terbaru, Isya Toh juga turut mempersolkan gambar tersebut dan di Instgram miliknya, Iesya meletakkan gambar seperti seorang kanak-kanak OKU melawan dengan 10 orang peguam.

Iesya mempersoalkan suara menteri yang dikatakan sehingga hari ini masih senyap mengenai isu Bella dan tidak ada maklum balas mengenainya lagi.

Rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan perkongsian Iesya dan turut mempersoalkan perkara yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.