Pendedahan mengejutkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mengaku dirinya adalah individu yang tidak divaksin dan membawa jemaah yang tidak divaksin ke Tanah Suci ,mendapat reaksi dari perlbagai pihak termasuklah pengacara dan penyampai radio terkenal, Haniff Hamzah.
“1 Malaysia Boleh Kena”-Haniff
Menerusi laman Twitter, Haniff tidak menolak Malaysia bakal mendapat masalah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan berhubung isu jemaah tidak divaksin dibenarkan untuk menunaikan Umrah.
“Ini Kerajaan Saudi kalau ambil tindakan ni 1 Malaysia boleh kena”-Komen Haniff
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang sekiranya pelaksanaan dan tindakan sedemikian akan diambil sekaligus akan melarang Malaysia untuk menghantar jemaah ke Mekah kelak.
“Silap-silap kerajaan Saudi akan banned Malaysia untuk beberapa tahun nanti.”
“Kenapa dia gelar diri dia ustaz? Sape bagi tauliah tu self declsre ke? Natang betul.”
“Biar satu Malaysia kena, Bagi kerajaan ni keras sikit dengan jenis-jenis macam ni. Kalau tak semua buat taktaw je.”- komen mereka
Terdahulu, Murai MY melaporkan Abu Syafiq membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksin ke Mekah. Malah, dia turut mengakui tidak mengambil imunisasi untuk mencegah wabak COVID-19 itu.